Photoshoot and Modelling

Assalamualaikum..

Sudah 5 tahun rupanya meninggalkan zaman universiti. Zaman bergelut dengan buku. Zaman bergelut dengan test, paper, thesis, terkejar-kejar ke kelas. Menyediakan nota-nota untuk setiap subjek. Teringat lagi perangai suka bergambar, suka berselfie dan mungkin lebih tepat kalau dikatakan sedikit berangan untuk jadi model dan orang akan ambil gambar aku.Jadi yang tukang snap gambar biasanya memang tak lain tak bukan adalah member nan sorang ni. la.Ayien Miswan. Lagipun dia pandai ambil angle yang cantik, so gambar-gambar aku biasanya memang cantik la jadinya. So kerja aku lepas dia snap gambar, aku akan kerjakan edit mengedit ni. Maklumlah dulu kulit berjerawat. Jadinya memang kena kerja keras sikit la untuk hilangkan jerawat. Dulu kamera handphone tak ada lagi apps yang boleh bagi hilang jerawat. Bagi kulit putih. Semua kena edit dengan photoshop.

Tapi gigih edit. Sebab dulu aku memang suka sangat3 bab edit gambar ni. Habis semua gambar nak edit kalau boleh. Sekarang, malas. Nak menaip blog pun malas dah. Tapi lately hidupkan semula blog. Banyak rupanya memori dalam ni. Ada tu yang aku dah lupa pun bila bukak semula baru ingat..Eh,ada rupanya moment tu. So tak sia-sia lah ada blog ni. Abadikan setiap kenangan walaupun pahit, manis..semua tu akan jadi satu kenangan suatu hari nanti.

Guess what, aku ingatkan aku punya angan-angan je nak jadi model. And now dah merasa lah jadi model muslimah untuk few boutique. Walaupun tak la glamer cuma sekadar nak bagitau, impian tu tercapai la. Even umur dah tak berapa nak sweet sangat pun.



Credit to Neda Hijab. Boleh follow Instagram or FB Neda Hijab. Koleksi semua cantik-cantik dan selesa.

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida